Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan Mesyuarat Fasa 4 Program Rintis Community Integrity Building (CIB) iaitu sesi Penglibatan Membina bersama Majlis Daerah Matu dan Daro pada 5 September 2022, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Majlis Perbandaran Sibu pada 8 September 2022 dan Majlis Daerah Limbang pada 9 September 2022.

Sesi-sesi yang dilaksanakan secara atas talian ini telah dihadiri oleh Jawatankuasa Pemantau Komuniti, Kontraktor-kontraktor terlibat, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pegawai-pegawai Unit Integriti dan Ombudsman Negeri, Jabatan Premier Sarawak (UNIONS) dan Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sarawak (MPHLG).

Mesyuarat menjurus kepada penyediaan laporan status pemantauan dashboard Fix-Rate, persiapan Program Kesedaran Bersama Komuniti dan isu dan cabaran pengesahan dan Analisa data.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengurus Besar Kanan Bahagian Operasi IIM, Tn Hj Hamilye Sham Harun dan Konsultan Kanan IIM, Seksyen Sistem Pengurusan Integriti, Tuan Meor Shahram Faiz Mieor Shariman.