YBhg Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif IIM telah menghadiri beberapa mesyuarat di Putrajaya dengan pelbagai pihak pemegang taruh IIM pada hari ini termasuk Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), Jabatan Perdana Menteri.
IIM merupakan agensi di bawah GIACC yang menjalankan fungsi sebagai badan operasi GIACC dengan tujuan untuk membangunkan keupayaan dan kecekapan sektor awam dan swasta dalam usaha pemantapan integriti dan tadbir urus organisasi.
Disamping itu, beliau juga sempat meluangkan masa menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang telah berlangsung di Dewan Jubli, Institut Penilaian Negara, Kajang, Selangor






