YBhg. Datuk KPE telah mempengerusikan mesyuarat di antara Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan Malaysian Alliance of Corporate Directors (MACD) pada 28 Februari 2023. Perbincangan tertumpu kepada kerjasama strategik dalam cadangan penganjuran National Integrity Forum 2023: “Leading Governance with Integrity” yang dijadualkan berlangsung pada bulan Mei 2023.

MACD telah diwakili oleh Presidennya, YBhg. Datuk William Ng, Adj Professor Paul W Chan, dan Puan Reinushini Chandrasegaram.

Adalah menjadi harapan IIM dan MACD agar penganjuran forum ini dapat menjadi platform untuk pemain industri dan ekonomi serta pembuat dasar di Malaysia menzahirkan komitmen masing-masing terhadap agenda integriti dan tata kelola baik ke arah merealisasikan visi Malaysia Madani.