Mesyuarat Agung Tahunan Institut Integriti Malaysia (IIM) Ke-18 bagi tahun 2021 telah selesai dilaksanakan pada hari ini, 13 Jun 2022.
Mesyuarat secara maya ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara yang juga merangkap Pengerusi IIM.
Antara Ahli Lembaga Pengarah IIM yang turut serta dalam sesi mesyuarat kali ini ialah YBhg. Tan Sri Dr. Ismail Haji Ibrahim, YBhg Tan Sri Datuk Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, YBhg Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Hassan, YBhg Dato’ Sri Akhbar bin Abdul Sata @ Satar dan YBhg Dato’ Yeow Wah Chin.Turut hadir ialah YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif IIM.
Agenda utama mesyuarat ialah sesi pembentangan penyata kewangan IIM bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 serta laporan-laporan pengarah dan Juruaudit.
Di samping itu, beberapa agenda lain turut dibincangkan terutama yang menjurus kepada pemantapan tadbir urus dan perancangan program-program utama yang akan menjadi penentu dan hala tuju baharu IIM.
Seramai 23 orang Ahli IIM turut hadir dalam Mesyuarat Agung pada kali ini.

