{:my}Majlis bual bicara yang diadakan pada 27 Julai 2016 kali ini menyelusuri sejarah penubuhan awal Institut Integriti Malaysia. Majlis kali ini sangat istimewa berikutan kehadiran YABhg. Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi, dan juga YBhg. Tan Sri Samsudin Osman, bekas Pengerusi Lembaga Pengarah yang pertama untuk institut ini.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi pengalaman tentang sejarah permulaan penubuhan Institut Integriti Malaysia dan pembentukan Pelan Integriti Nasional (PIN) dimana adalah penting untuk kita mengetahui dan memahami sejarah agar langkah kehadapan kita akan lebih kemas dan kukuh.

Hadirin telah berpeluang mendengar pengalaman tiga individu yang terlibat secara terus semasa permulaan penyediaan Pelan Integriti Nasional dan Penubuhan Institut ini iaitu YBhg. Tan Sri Samsuddin Osman yang pada waktu itu Ketua Setiausaha Negara, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abdul Rahman Embong, yang pada waktu itu adalah ahli kumpulan penyelidik yang membuat kajian persepsi rasuah di Malaysia yang kemudiannya juga merupakan antara perunding yang menyediakan Pelan Integriti Nasional, dan Dato’ Sri Hj. Mustafar Ali, orang yang menjadi pelaksana kepada apa yang dirancang. Pengalaman ‘first hand’ daripada ketiga-tiga individu ini, semestinya dapat dijadikan pedoman kepada mereka yang diamanahkan untuk menggalas tanggungjawab di INTEGRITI hari ini.

Selaras dengan program Bual Bicara ini juga, turut diadakan adalah Pelancaran Buku “A National Integrity System” oleh tetamu khas YABhg. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi. Program ini juga akan diadakan bersekali dengan Majlis Sambutan Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2016 anjuran INTEGRITI.

13631537_1078593062238133_2806513271685786364_n 13645354_1078593522238087_1333943038040826325_n 13654311_1078593312238108_6459401711753847452_n 13654391_1078593322238107_8686408975473188416_n 13669098_1078584715572301_3505807131411727357_n 13680704_1078593055571467_6992459993778041116_n 13873035_1078593132238126_3807878345291836351_n 13876584_1078593158904790_3273482176758423683_n 13879197_1078593235571449_8288714990408412899_n 13880298_1078593228904783_6374439618780567252_n 13882367_1078593245571448_8250574257290180870_n{:}{:en}The session was held on 27 of July, reminiscing on the early history of the Malaysian Institute of Integrity. This was a very special occasion due to the presence of Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi, and also Tan Sri Samsudin Osman, former Chairman of the INTEGRITI Board of Directors.

The purpose of this program was to share experiences on the historical establishment of the Malaysian Integrity Institute and the establishment of the National Integrity Plan (NIP) which is important for us to know and understand history in order to move forward.

Participants had the opportunity to hear the experiences of three individuals who were directly involved during the initial preparation and the final establishment of the National Integrity Plan; Tan Sri Samsudin Osman, Prof. Emeritus Dato ‘Dr. Abdul Rahman Embong, who at the time was a member of the research team that conducted the study of perceived corruption in Malaysia which was later also among the consultants for the National Integrity Plan, and Dato ‘Sri Hj. Mustafar Ali. The first-hand experience of the three individuals should be used as a guide to those who are entrusted with the responsibility of managing INTEGRITI.

The launching of the book “A National Integrity System” by Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi was also held along with the Hari Raya Aidilfitri 2016 celebration organized by the INTEGRITI.

 

13631537_1078593062238133_2806513271685786364_n 13645354_1078593522238087_1333943038040826325_n 13654311_1078593312238108_6459401711753847452_n 13654391_1078593322238107_8686408975473188416_n 13669098_1078584715572301_3505807131411727357_n 13680704_1078593055571467_6992459993778041116_n 13873035_1078593132238126_3807878345291836351_n 13876584_1078593158904790_3273482176758423683_n 13879197_1078593235571449_8288714990408412899_n 13880298_1078593228904783_6374439618780567252_n 13882367_1078593245571448_8250574257290180870_n{:}