YBhg. Datuk Wan Suraya, Ketua Pegawai Eksekutif IIM telah memenuhi undangan ke Majlis Titah Diraja Duli Sempena Lawatan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ke Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 12 Oktober 2022.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berkenan menyampaikan Titah Syarahan Diraja bertajuk “Keharmonian Dalam Perbezaan Agama“ yang mengetengahkan antara lain peranan Institusi DiRaja sebagai mekanisme penyatu masyarakat pelbagai agama, bangsa dan budaya di Malaysia; serta usaha-usaha penting yang boleh dimainkan oleh semua pihak dalam memperkasa hubungan dalam masyarakat Malaysia.
“Negara kita perlu mewujudkan satu bangsa Malaysia yang boleh hidup dalam suasana harmoni, dan bersatu padu walaupun lahir dikalangan masyarakat pelbagai bangsa, agama dan budaya.”-Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor





