Institut Integriti Malaysia (IIM) telah memenuhi undangan SIRIM Berhad untuk menghadiri Majlis SIRIM Industri 2022 pada 1 Disember 2022 di Kuala Lumpur.
Majlis ini diadakan bagi meraikan organisasi yang telah mendapat pensijilan daripada SIRIM QAS yang terdiri daripada pemain industri & agensi kerajaan dari Januari 2020 hingga Disember 2021.
Pada majlis tersebut, Encik Mahummar Gadaffi Sorilaut bin Omar, Pengurus Besar Kanan (Khidmat Korporat) telah mewakili IIM bagi menerima sijil penghargaan bagi kejayaan IIM memperolehi pensijilan ISO 37001: 2016 Anti-Bribery Management Systems dan ISO 9001:2015 Quality Management Systems daripada SIRIM QAS.
Turut hadir ke Majlis SIRIM Industri 2022 adalah Encik Mohd Hafizdi Che Md Akhir, Ketua Seksyen Pengurusan Integriti.

