Beberapa orang pegawai kanan IIM telah hadir memenuhi jemputan ke program Sambutan Hari Wanita Peringkat Parlimen Malaysia bertempat di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 10 Mac 2023.
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Di-Pertua Dewan Rakyat.
Pada sebelah petang pula, YBhg. Datuk KPE IIM telah menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat IIM di Menara IIM.
Majlis tersebut bagi menzahirkan penghargaan khusus kepada warga kerja wanita IIM yang menjadi teras kepada pembangunan negara dan tunjang dalam memeta hala tuju Malaysia MADANI.
Majlis turut diserikan dengan program demo masakan oleh Chef Selebriti, Liza Zainol serta persembahan oleh warga kerja IIM.







