Kemeriahan Syawal masih dirasai. Hari ini, YBhg. Datuk Wan Suraya Binti Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE), Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bank Rakyat di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur.

Di majlis tersebut, beliau sempat beramah mesra dengan YBhg. Datuk Hj. Abd Rani Lebai Jaafar, Pengerusi Bank Rakyat, dan beberapa pegawai kanan Bank Rakyat beserta lain-lain para tetamu daripada pelbagai organisasi dan agensi.

Semoga hubungan mesra dan silaturrahim yang terjalin sentiasa terpelihara.