YBhg. Datuk KPE meluangkan masa memenuhi jemputan ke Majlis Ramah Mesra Bersama Usahawan Pepper Labs bertempat di Masala Wheels, Petaling Jaya pada 7 Januari 2023.
Majlis yang turut dihadiri YB Menteri Komunikasi dan Digital itu adalah bertujuan meraikan para peserta program Dapur Digital, sebuah program membantu pemerkasaan usahawan B40. Seramai 30 usahawan dari kawasan Lembah Pantai diraikan pada program tersebut.

