YBhg. Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) telah hadir ke Majlis Pertukaran Memorandum Kerjasama (MOC) antara IIM dengan AEON Co. (M) Bhd. pada 24 Ogos 2022 bertempat di AEON Big Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Melalui jalinan kerjasama strategik ini, IIM akan membantu pihak AEON Co. untuk membangunkan serta menerapkan elemen integriti di dalam Agenda Kelestarian AEON.
Dalam majlis yang sama AEON juga telah mengadakan pertukaran MOC dengan pihak Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) dan Yinson Green Technologies (M) Sdn. Bhd.
Tahniah diucapkan kepada AEON Co. (M) Bhd. atas inisiatif pertama seumpamanya dalam sektor peruncitan negara.







