YBhg. Datuk KPE telah menghadiri Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri pada 16 Januari 2023 bertempat di Dataran Perdana Putra, Putrajaya.
Di dalam majlis tersebut, YAB Perdana Menteri telah menyeru supaya Jemaah Menteri dan penjawat awam bekerjasama dengan lebih erat bagi mewujudkan sistem pentadbiran yang lebih baik dan telus. Perkhidmatan awam juga perlu memiliki sifat humiliti dan tekad yang kuat untuk membawa perubahan yang positif demi memartabatkan perkhidmatan untuk bangsa dan negara.






