YBhg. Datuk KPE telah menghadiri Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Februari pada 7 Februari 2023 bertempat di PUSPANITAPURI, Putrajaya.
Di dalam majlis tersebut, YAB Perdana Menteri telah menyeru para Jemaah Menteri dan penjawat awam untuk bekerja dalam satu pasukan dengan elemen amanah dan kepercayaan, sejajar dengan usaha menaikkan semula martabat negara. Selain itu, sikap keinginan untuk mengorak langkah ke hadapan turut wajar diamalkan dalam usaha mengurangi dan mengatasi kelemahan yang masih ada ketika ini.
Warga IIM turut mengikuti Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri bagi Bulan Februari ini secara maya di Dewan Murni, IIM.





