YBhg. Datuk KPE telah menghadiri Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 6 Mac 2023 bertempat di Dewan De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya.

Di dalam majlis tersebut, YAB Perdana Menteri telah menekankan kepentingan pakar dan perunding dari kalangan penjawat awam sebagai pengemudi dalam merangka dan melaksanakan dasar dengan baik dan berkesan.