YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Ogos 2022 di Auditorium, Menara IIM pagi ini, 2 Ogos 2022.
Dalam majlis tersebut, KPE telah berkongsi beberapa perkembangan terbaharu IIM sepanjang bulan Julai 2022 antaranya kejayaan pelaksanaan Program Rintis Pembangunan Integriti Bersama Komuniti atau Community Integrity Building (CIB) di Sarawak. Program yang mengguna pakai sistem IIM ini sedang giat membantu komuniti setempat di empat Residensi, Sarawak dalam pembudayaan amalan integriti termasuk pemantauan bersama Pihak Berkuasa Tempatan dan kontraktor.
Beliau turut menyampaikan amanat pada warga kerja IIM untuk melaksanakan pelbagai gerak kerja bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan yang akan berlangsung pada bulan ini dengan penuh kebanggaan dan semangat patriotik.
Seluruh warga kerja turut membaca Ikrar Integriti Korporat IIM sebagai tanda komitmen dalam melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan berintegriti.




