Majlis Perhimpunan Bulanan, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah disempurnakan pada 27 Jun 2022 oleh YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif IIM bertempat di Auditorium Integriti, Menara IIM.
Pada perhimpunan kali ini, Datuk KPE telah berkongsi beberapa perkembangan terbaharu IIM dan perkongsian aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh IIM sepanjang bulan Jun 2022.
Beliau turut menyampaikan amanat pada warga kerja IIM untuk sentiasa mengamalkan prinsip tatacara mencukupi dan saling bekerjasama dalam menjalankan apa jua tugasan.
Pada perhimpunan kali ini juga, sesi bacaan Ikrar Integriti telah dilaksanakan oleh seluruh warga IIM yang hadir. Semoga semangat integriti terus mekar dan diamalkan dalam semua urusan kerja dan kehidupan warga IIM.



