YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan amanat awal tahun beliau serta menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan IIM pada 27 Januari 2023.
Antara lain, beliau telah menyeru supaya warga kerja IIM menghayati nilai Malaysia MADANI khususnya melalui penerapan integriti dalam aspek pemantapan tata kelakuan dan disiplin diri. Sebagai warga IIM, standard kelakuan masing-masing perlulah “whiter than white” selari dengan amalan jujur dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan.
Seluruh warga kerja IIM seterusnya membaca Ikrar Integriti Korporat IIM sebagai tanda komitmen dalam melaksanakan tugas dengan penuh integriti.
Sebelum itu, satu Taklimat Kesedaran Gangguan Seksual di tempat kerja anjuran Seksyen Pengurusan Psikologi, Jabatan Perdana Menteri telah diadakan.
Ini disusuli dengan majlis bacaan Yasin pada sebelah petang bagi menzahirkan kesyukuran di atas kejayaan Majlis Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2022 yang berlangsung di Auditorium IIM pada 18 Januari 2023.





