YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan IIM bagi bulan ini pada 28 Februari 2023.
Pada perhimpunan kali ini, beliau telah menyampaikan amanat kepada seluruh warga IIM khususnya dalam penerapan prinsip The G.R.E.A.T Civil Service dalam melaksanakan tugasan yang telah diperkenalkan oleh YBhg Tan Sri KSN merangkap Pengerusi IIM baru-baru ini.
Antara lain, Datuk KPE turut menyarankan amalan “Sense of Urgency” agar segala tugasan dapat ditangani secara produktif dan diselesaikan dengan segera.
Seluruh warga kerja turut melafazkan Ikrar Integriti Korporat IIM sebagai tanda komitmen dalam melaksanakan tugas dengan penuh berintegriti.
Pada majlis yang sama turut diadakan Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (Bersasar) kepada 10 warga IIM dari kalangan Anggota Kumpulan Pelaksana yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan. Semoga bantuan ini akan dapat dimanfaatkan untuk meringankan beban kewangan warga IIM khususnya persiapan anak-anak yang bakal kembali ke sekolah.




