YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri IIM pada 30 Mei 2022, bertempat di Auditorium, Menara IIM.
Pada perhimpunan kali ini, beliau telah menyampaikan Bantuan Awal Persekolahan serta Bantuan IPT untuk anak-anak warga IIM. Seluruh warga kerja turut membaca Ikrar Integriti Korporat IIM sebagai tanda komitmen dalam melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan integriti.
Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan sejurus selepas Perhimpunan Bulanan pula adalah anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan IIM(KESKIM). Selain sajian utama, setiap Seksyen turut menyumbang makanan tambahan serta menyertai Pertandingan Gerai Terbaik. Selain itu, pihak KESKIM juga telah menganjurkan pertandingan “Deko-Deko Raya” antara setiap seksyen IIM.













