YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan September 2022 di Auditorium, Menara IIM pada 27 September 2022.
Pada perhimpunan kali ini, beliau telah berkongsi mandat baharu yang telah diberikan oleh Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) dimana peranan IIM telah diperkukuhkan semula berdasarkan tiga fungsi teras utama merangkumi aspek Pendidikan, Advokasi dan Latihan, Penyelidikan dan Penerbitan serta Kerjasama Strategik. Model Perniagaan IIM juga akan dilaksanakan secara hibrid untuk membantu mengukuhkan integriti dan tadbir urus sektor awam dan swasta.
Datuk KPE turut berkongsi kejayaan majlis pelancaran Modul Kursus Komprehensif Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) yang telah berlangsung pada bulan ini serta beberapa cadangan kerjasama strategik baharu IIM antaranya dengan pihak JAKIM, TERAJU, SKM, ANGKASA dan juga NIOSH.
Majlis perhimpunan kali ini juga dimeriahkan dengan Pertandingan Kuiz Merdeka Maya IIM anjuran Perpustakaan Integriti IIM. Selain itu, seluruh warga kerja turut membaca Ikrar Integriti Korporat IIM sebagai tanda komitmen dalam melaksanakan tugas dengan penuh integriti.



