YB Dato Sri Prof. Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak hari ini telah menyempurnakan Majlis Perasmian Train-of-Trainer (TOT) bagi Program Kesedaran Pembangunan Integriti Bersama Komuniti atau Community Integrity Building (CIB IIM) 2023 bertempat di Kuching, Sarawak.
Perasmian bengkel latihan Train-of-Trainer (TOT) ini merupakan komitmen Sarawak demi memastikan kelestarian program rintis CIB IIM akan dapat diperluaskan kepada seluruh Sarawak mulai tahun 2024. Pelaksanaan TOT CIB IIM ini bertujuan untuk melatih dan membangunkan kapasiti fasilitator tempatan yang akan memanfaatkan sebanyak 26 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Sarawak.
Hadir sama pada majlis ini ialah YB Dato’ Murshid DiRaja Dr. Juanda Jaya, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman); YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM); wakil-wakil pengurusan IIM dan 26 PBT di Sarawak.



