Mengambil keberkatan bulan Ramadan 1443H yang hampir tiba, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menganjurkan Majlis Perasmian Surau As-Siddiq IIM dan Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadan 2022 yang disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ismail Haji Ibrahim, Ahli Lembaga Pengarah IIM. Turut hadir YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif IIM.
Surau As- Siddiq ini yang baru selesai dinaik taraf akan dapat memberi kemudahan yang lebih selesa kepada warga kerja IIM untuk menunaikan dan mempertingkatkan amal ibadah, terutamanya sepanjang bulan Ramadan yang mulia nanti.
Pelbagai aktiviti dan program kerohanian juga akan dilaksanakan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan IIM (KESKIM) sepanjang bulan Ramadan nanti. Warga kerja IIM digalakkan untuk bersama-sama mengimarahkan program-program di Surau As-Siddiq nanti.


