YBhg. Datuk KPE dan pegawai-pegawai IIM telah memenuhi undangan Koperasi Kebuniti Selangor Berhad dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Selangor ke Majlis Perasmian Plot Kebun Koperasi Keluarga Malaysia dan Kobuniti Agro Park di Seksyen U12, Shah Alam, Selangor pada 21 Ogos 2022.

Plot Kebun Koperasi Keluarga Malaysia ini memfokuskan kepada penyediaan tapak bagi golongan asnaf, B40 serta masyarakat setempat untuk mengusahakan tanaman kontan untuk menjana pendapatan.

IIM turut mengambil peluang berkongsi idea dan pandangan untuk kerjasama strategik dengan beberapa pihak seperti pihak SKM dan ANGKASA khususnya dalam mempertingkatkan penghayatan governans dan integriti dalam gerakan koperasi seluruh negara.