YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan ucapan aluan pada Majlis Perasmian Pembukaan Projek Rintis Modul Integriti Penguat Kuasa (MIP) Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pada 20 September 2022.

Antara lain, Datuk KPE menyambut baik pelaksanaan Modul integriti anjuran IIM yang kini telah dimasukkan sebagai salah satu mata pelajaran wajib kepada semua pelatih Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) dalam usaha membimbing anggota menjauhi rasuah dan sekali gus mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Pada majlis tersebut, Datuk KPE turut menzahirkan ucapan tahniah kepada PDRM menerusi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) yang akan memperkenalkan semula program pemantapan kembali ke pusat latihan (back to training centre) untuk anggota dan pegawai bermasalah khususnya yang terbabit dalam isu integriti dan moral dalam usaha pemerkasaan penerapan nilai murni untuk menjaga imej pasukan.

Majlis yang dirasmikan oleh YDH Dato’ Sri Azri Ahmad, Pengarah JIPS Bukit Aman ini telah dihadiri seramai 35 orang peserta dari kalangan frontliner Jabatan-jabatan dalam PDRM.

IIM dan PDRM sedang merancang dan akan mengadakan beberapa inisiatif kolaborasi dan kerjasama strategik terutamanya dalam aspek pembudayaan dan pemerkasaan integriti dan governans.