YBhg. Datuk KPE memenuhi jemputan pihak Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNION), Jabatan Premier Sarawak ke Majlis Perasmian Ombuds Day 2022 bertempat di Borneo Convention Centre, Kuching, Sarawak pada 13 Oktober 2022.
Majlis telah dirasmikan oleh YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier Sarawak bagi pihak YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak.
Ianya merupakan majlis yang julung kali diadakan di negara ini bersempena sambutan Hari Ombuds yang disambut pada setiap hari Khamis minggu kedua bulan Oktober setiap tahun di seluruh dunia.
Turut hadir pegawai-pegawai kanan dari Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Ombudsman for Financial Services (OFS).




