YBhg. Datuk KPE telah hadir memenuhi undangan ke Majlis Perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2023 (HKK 2023) di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay pada 5 Mac 2023.
Penganjuran HKK kali ini merupakan edisi ke-20 dan bertemakan ‘Ini Kraf Malaysia’ berteraskan konsep ‘Kraf Identiti Malaysia’.
IIM sentiasa menyokong kraf tempatan dan telah mengetengahkan elemen ukiran kayu dalam penghasilan Piala Pusingan Platinum AIGA buat julung kalinya pada tahun 2022.



