Institut Integriti Malaysia (IIM) telah memenuhi jemputan sebagai panel forum sempena Majlis Penutupan Sambutan Bulan Integriti Peringkat Universiti Malaysia Sabah (UMS) bertempat di Dewan Majlis, Canselori UMS pada 22 Disember 2022.
IIM telah diwakili oleh Encik Meor Shahram Faiz Mieor Shariman, Ketua Tim Pembangunan Komuniti, IIM sebagai ahli panel majlis tersebut.
Program ini merupakan anjuran Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa (SRIM) UMS yang baru diaktifkan semula pada bulan Oktober 2022 dengan kerjasama IIM dalam usaha untuk menerapkan pengamalan integriti pada peringkat mahasiswa di pusat-pusat pengajian tinggi.
IIM juga telah mengadakan sesi dialog bersama dengan pihak SRIM UMS untuk mendapatkan pandangan serta bertukar-tukar idea tentang cadangan program-program integriti berimpak tinggi yang boleh dilaksanakan bersama-sama dengan UMS pada tahun 2023.




