YBhg. Datuk Wan Suraya, Ketua Pegawai Eksekutif IIM telah memenuhi undangan ke Majlis Penamaan Perpustakaan Tun Ahmad Sarji dan pelancaran penerbitan khas bertajuk “Treasure Trove of Ethics: The Niche of Tun Ahmad Sarji Library” pada 23 Februari 2023 bertempat di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Majlis ini merupakan inisiatif IKIM dalam memupuk dan meningkatkan kefahaman Islam, bukan sekadar sebagai agama tetapi juga sebagai tamadun yang kuat dan utuh.