YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat IIM pada 12 Ogos 2022 bertempat di Lobi IIM.

Dalam majlis tersebut, beliau telah menzahirkan harapan agar sambutan tahun ini dapat menjadi iltizam kepada warga IIM untuk menghayati serta menyemai konsep keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran sejajar dengan tema “Keluarga Malaysia Teguh Bersama”.

Antara tarikan sempena pelancaran ini adalah persembahan silat oleh pegawai IIM, nyanyian lagu patriotik serta dimeriahkan dengan aktiviti senamrobik bersama semua warga IIM.