Institut Integriti Malaysia (IIM) hari ini, 1 Oktober 2022 telah selesai menganjurkan Majlis Pelancaran Program Kesedaran Pembangunan Integriti Bersama Komuniti (CIB) peringkat Daerah Matu dan Daro (MDMD) Sarawak.
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi , Ketua Pegawai Eksekutif, IIM serta disaksikan oleh YBhg. Tuan Desmond Douglas Jerukan mewakili Datu Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (KPKT); YBrs Tuan Ahmad Jerry Hj Hashim, Setiausaha Majlis MDMD; dan YBrs Shamsul Bojeng, Ketua Penolong Pengarah Unit Integriti Dan Ombudsman Sarawak (UNIONS).
Majlis telah dihadiri seramai 70 orang terdiri daripada ahli Jawatankuasa Pemantau Komuniti, Kontraktor-kontraktor terlibat, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pegawai-pegawai (UNIONS) dan komuniti setempat.
CIB merupakan program rintis yang dibangunkan oleh IIM bersama pihak UNIONS yang berteraskan kepada konteks tempatan dalam membantu mengenal pasti kaedah penyelesaian terbaik dan bersesuaian bagi meningkatkan pembudayaan dan amalan integriti dalam komuniti setempat, khususnya yang melibatkan pihak Berkuasa Tempatan (PBT); Pembekal Perkhidmatan; dan Komuniti Tempatan itu sendiri.





