Bersempena dengan sambutan Bulan Integriti Nasional 2022, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah memenuhi jemputan ke Majlis Pelancaran Pelan Antirasuah Majlis Bandaraya Subang Jaya 2022-2026 dan Program Ramah Mesra Bersama Rakan Sinergi yang telah diadakan pada 24 November 2022 di Hotel Sunway Resort & Pyramid.

Majlis Pelancaran Pelan Antirasuah MBSJ 2022-2026 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Johary Anuar, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya.

Pelan lima tahun yang telah dibangunkan ini amat penting dalam mencerminkan harapan pemegang taruh serta rakyat bagi membentuk organisasi bebas rasuah.

IIM telah diwakili oleh Encik Mahummar Gadaffi Sorilaut Bin Omar, Pengurus Besar Kanan Khidmat Korporat IIM.