Tahniah kepada pihak SIRIM Berhad kerana telah berjaya membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) dengan bantuan konsultasi daripada Institut Integriti Malaysia (IIM). Majlis pelancaran OACP SIRIM Berhad telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, FASc, Pengerusi Lembaga Pengarah SIRIM Berhad pada 20 Julai 2022.

Majlis ini turut diiringi dengan slot ceramah Keberkesanan OACP dalam Pencegahan Rasuah oleh Ketua Seksyen Sistem Pengurusan Integriti IIM, Puan Farah Idayu Jaafar.