Tahniah diucapkan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana telah berjaya membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) dengan bantuan konsultasi daripada IIM.
Majlis Pelancaran OACP MBSA telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Rashidi Ruslan, Timbalan Datuk Bandar Shah Alam pada 12 Oktober 2022. IIM telah diwakili oleh En Mohd Hafidzdi Che Md Akhir, Ketua Seksyen Pengurusan Integriti dalam Majlis tersebut.


