Tahniah kepada Majlis Bandaraya Seremban (MBS) kerana telah berjaya membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) dengan bantuan konsultasi daripada Institut Integriti Malaysia (IIM).

Pelan yang dibangunkan itu merupakan usaha MBS dalam memerangi rasuah dan meningkatkan integriti dalaman MBS, sejajar dengan Pelan Antirasuah Negeri Sembilan dan Pelan Antirasuah Nasional (NACP).

Majlis Pelancaran OACP MBS telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan pada 25 Oktober 2022.

Turut hadir di majlis tersebut adalah YB Dato’ Dr. Razali Bin Ab Malik (Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan), YBhg. Dato’ Masri Bin Haji Razali (Datuk Bandar Seremban), dan TPj. Datuk Izani Wan Ishak (Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan, SPRM). Manakala, IIM diwakili oleh Encik Mohd Hafizdi Che Md Akhir (Ketua Seksyen Pengurusan Integriti).