YBhg. Datuk KPE IIM turut berada di Jempol, Negeri Sembilan untuk sama-sama meraikan Majlis Pelancaran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Sembilan pada 8 Oktober 2022.

Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia. Acara yang berlangsung di Dataran Seri Jempol, Bandar Seri Jempol ini diadakan selama tiga (3) hari, bermula 7 Oktober 2022 sehingga esok, 9 Oktober 2022.

Seluruh Keluarga Malaysia khususnya di Jempol dan kawasan sekitar dijemput untuk turut memeriahkan lagi program ini.