YBhg. Datuk KPE turut hadir memenuhi jemputan ke Majlis Pelancaran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Pahang pada 29 Oktober 2022.
Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia.
Acara yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC) dan Pekarangan Stadium Darul Makmut, Kuantan ini berlangsung selama tiga (3) hari, mulai 28 sehingga 30 Oktober 2022.
Bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teras Pertahanan Negara’, program turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara.



