Institut Integriti Malaysia (IIM) melalui Kelab Sukan dan Kebajikan, IIM (KESKIM) telah menganjurkan majlis pelancaran Ihya’ Ramadan 1444H/2023M pada 23 Mac 2023 bagi meraikan kedatangan bulan Ramadan yang dinanti-nantikan.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wan Suraya, Ketua Pegawai Eksekutif IIM dan turut di hadiri oleh YBrs. Tuan YDP KESKIM, Encik Harisham bin Ibrahim serta pengurusan tertinggi IIM.
Dalam ucapan beliau, KPE mengingatkan semua warga kerja IIM agar lebih banyak bersedekah di bulan mulia ini dan sentiasa komited dalam pelaksanaan penyampaian perkhidmatan walaupun di bulan puasa.
Juadah berbuka puasa juga diagih-agihkan kepada pegawai dan warga kerja IIM pada majlis yang sama.




