Majlis Pelancaran Program Kesedaran Pembangunan Integriti Bersama Komuniti (CIB) peringkat Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang berlangsung hari ini, 15 Oktober 2022 telah disempurnakan oleh YB. Datuk Dr. Juanda Jaya, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) serta disaksikan oleh YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) dan YBhg. Datu Haji Junaidi Haji Reduan, Datuk Bandar Kuching Utara.
Program CIB di DBKU yang bermula sejak 18 Ogos 2022 lalu telah berjaya menyelesaikan 7 kes aduan melibatkan tiga (3) kawasan Kejiranan Mesra (KjM) iaitu Sungai Maong, Bandar Baru Samariang dan Taman Sukma. Kejayaan ini merupakan hasil penglibatan aktif Jawatan Kuasa Khas CIB (Pemantau) dan komuniti setempat dalam menyalurkan aduan kepada saluran CIB melalui Kumpulan Kerja Bersama (JWG) CIB yang dilantik oleh IIM dan DBKU.
Pada majlis sama turut diadakan simbolik peletakan papan tanda Program CIB di Kejiranan Mesra (KjM) Bandar Baru Samariang sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat dari segi tanggungjawab, pengetahuan dan sikap ambil peduli dengan isu-isu di kawasan perumahan setempat.





