YBhg. Datuk KPE IIM telah menghadiri Majlis Pelancaran Bulan Integriti Majlis Bandaraya Miri 2023 yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Integriti dan Ombudsman, YB. Dato’ Murshid Diraja Datuk Dr. Juanda Jaya pada 15 November 2023.
Pada majlis tersebut juga diadakan penyerahan Surat Persetujuan Pelaksanaan bagi Konsultasi Pembangunan Sistem Pengurusan Antirasuah (ISO37001:2016) oleh Majlis Bandaraya Miri kepada IIM selaku konsultan bagi projek yang akan mengambil masa 6 bulan untuk disiapkan.
Turut hadir di majlis tersebut adalah Datuk Bandar Miri, YB Adam Yii Siew Sang, Pemangku Setiausaha Majlis Bandaraya Miri, Encik Abdul Rahman Bin Taupek, Pengurus Besar Kanan Operasi IIM, Encik Izal Arif Zahrudin, dan Ketua Seksyen Pengurusan Integriti IIM, Encik Mohd Hafizdi Che Md Akhir.


