Institut Integriti Malaysia (IIM) bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menjalin kerjasama strategik merangkumi bidang latihan, pendidikan, penyelidikan, penerbitan serta program advokasi berfokuskan kepada integriti dan tatakelola pada 31 Mac 2023 bertempat di Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam.
Majlis menandatangani MoU tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IIM, YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dan Naib Canselor UiTM, YBhg. Prof. Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor.
Kolaborasi ini bakal memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak, khususnya dalam usaha meningkatkan iltizam dan komitmen warga institusi dalam membudayakan nilai ketelusan dan integriti. Antara inisiatif yang akan memberi manfaat terbesar melalui usahasama ini adalah penglibatan mahasiswa UiTM di dalam Kajian Indek Persepsi Integriti dan Tata Kelola Mahasiswa yang merupakan antara intisari dalam MoU yang ditandatangani.
Penganjuran majlis menandatangani MoU ini telah dihadiri seramai 40 orang tetamu yang terdiri daripada Ahli Pengurusan Tertinggi IIM dan UiTM.






