Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institut Integriti Malaysia (IIM) bersama Kerajaan Sarawak yang diwakili Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) telah berlangsung pada 7 September 2023 di Bilik Mesyuarat Utama, Wisma Bapa Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif IIM, YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang telah mewakili IIM bagi menandatangani MoU tersebut manakala Kerajaan Sarawak diwakili oleh Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), YBrs. Tuan Haji Semawi Haji Mohamad. Majlis tersebut telah disaksikan oleh YBhg. Datu Dr. Muhammad Abdullah Zaidel, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan).
Sesi pertukaran MoU ini akan dilaksanakan sempena Majlis Amanat Perdana Integriti (MAP-i) 2023 yang akan berlangsung pada 14 September 2023 yang akan disempurnakan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Primer Sarawak.



