Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Sijil Profesional Kepimpinan Integriti (SPKI) dan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah diadakan pada 22 Februari 2023 bertempat di Auditorium, IIM.
Majlis menandatangani Memorandum tersebut telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi IIM dan Pro Canselor UKM.
Jalinan kerjasama ini sejajar dengan komitmen dan usaha IIM bersama UKM dalam memantapkan pembudayaan dan pengamalan integriti serta tata kelola terbaik di semua peringkat lapisan masyarakat terutamanya di sektor awam, sektor swasta dan juga komuniti.
Pada majlis ini juga turut berlangsung peluncuran buku “Mohd Zuki Ali : Amanat Integriti Dan Governans” oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri KSN. Buku tersebut merupakan hasil kerjasama antara IIM dan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).




