Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan University College of Yayasan Pahang telah diadakan pada 25 Oktober 2023 di IIM, Putrajaya.

Pelaksanaan MoA ini adalah bertujuan untuk merealisasikan kerjasama di antara IIM dan UCYP dalam penganjuran 3rd Business, Management and Governance International Conference 2023 (BMAGIC 2023) yang akan berlangsung pada 9 dan 10 November depan di Kuantan, Pahang. BMAGIC 2023 yang diadakan pada kali ini bertemakan “Integrity, Governance and Sustainability Building a Resilient Future”.

Memorandum Perjanjian ini telah ditantangani oleh YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang, Ketua Pegawai Eksekutif IIM mewakili IIM dan YH Profesor Dato’ Dr. Muhammad Fauzi bin Mohd Zain, Naib Canselor UCYP mewakili UCYP.

Dalam ucapan aluan YBhg. Datuk KPE juga telah mengalu-alukan lebih banyak kerjasama dapat antara IIM dan UCYP di masa akan datang terutamanya dalam bidang penyelidikan dan penerbitan. Ini selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri baru-baru ini yang telah menyenaraikan IIM sebagai salah sebuah agensi pemikir (think tank) negara berkaitan integriti dan tata kelola. Oleh yang demikian, IIM perlu memainkan peranan yang lebih besar dalam usaha pengukuhan serta pemantapan integriti dan tata kelola di Malaysia.

Majlis MoA ini turut dihadiri oleh delegasi UCYP dan pengurusan tertinggi IIM.