IIM menerima kunjungan hormat daripada Pertubuhan Naratif Malaysia (NARATIF), yang diketuai oleh Dr. Muhamad Azwan Abd Rahman yang merupakan Pengerusi Pertubuhan Naratif Malaysia dan juga merangkap Felo Penyelidik IKMAS UKM, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama 1.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan kolaborasi antara NARATIF dan IIM. Pelbagai bentuk kerjasama telah dibincangkan oleh kedua-dua belah pihak dalam usaha penyelidikan dan pengajian nilai integriti di Malaysia ini dengan menghasilkan kajian berkaitan pengukuhan peranan IIM dalam pemantapan nilai integriti Negara.
Majlis ini telah dihadiri oleh Ketua Pengarah Eksekutif IIM, Puan Nor’afiza Saim dan turut dihadiri oleh Tuan Haji Hamilye Sham Harun, Pengurus Besar Kanan, Bahagian Operasi dan pegawai-pegawai kanan IIM.
Semoga penyerahan memorandum ini membawa impak yang positif bagi kedua-dua belah pihak.