YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE), Institut Integriti Malaysia (IIM) telah memenuhi jemputan sebagai Ahli Panel Forum sempena Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM 2022.

Forum yang bertemakan “Integriti Dalam Pengurusan Kualiti” ini diadakan bersempena dengan sambutan Hari Kualiti Sedunia 2022 pada 10 November 2022 bertempat di Dewan Berlian UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam.

Dalam forum tersebut, KPE telah menekankan peranan institusi pengajian tinggi seperti UiTM untuk memberikan moral kompas kepada para siswa melalui penerapan nilai murni diperingkat awal sebelum mereka keluar dan memasuki alam pekerjaan kelak.

Beliau juga menegaskan dalam sesebuah organisasi amat penting untuk sentiasa berkomunikasi dan mengamalkan tadbir urus yang baik.

Turut bersama-sama sebagai ahli Panel adalah YBhg. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM, YBrs. Tuan Haji Muhammad Nizam Noordin, Pendaftar UiTM dan moderator forum adalah YBhg. Profesor Dr. Azizah Abdullah, Penolong Naib Canselor InQKA.