YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif IIM memenuhi jemputan ke Majlis Jalinan Muhibah sempena Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 3 Februari 2023 di Anjung KPKT, Putrajaya.
Majlis telah diserikan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri I, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri II, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof serta barisan Menteri Kabinet.
Semoga sambutan ini dapat mengeratkan lagi perpaduan antara kaum selaras dengan konsep “Unity in Diversity”.








