YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyempurnakan Majlis Induksi dan Suai Kenal bersama 15 orang pegawai Koordinator Projek (MySTEP) baharu pada 2 Ogos 2022, bertempat di Dewan Murni, Menara IIM.
Program MySTEP ini merupakan program kerjasama di antara IIM dan Khazanah Nasional. Tempoh program adalah selama enam (6) bulan bermula daripada bulan Julai 2022 sehingga akhir Disember 2022.
Pemilihan pegawai terdiri daripada graduan universiti swasta atau awam dari pelbagai bidang pengajian antaranya bidang Penguatkuasaan Undang-Undang, Pentadbiran Perniagaan Sains Sukan, Pengurusan Teknologi dan pelbagai lagi.







