YBhg. Datuk KPE telah hadir memenuhi jemputan ke Majlis Iftar YAB Perdana Menteri Bersama Jabatan Perdana Menteri dan Petugas Barisan Hadapan di PUSPANITAPURI, Putrajaya pada 13 April 2023.

Majlis tersebut yang meraikan para petugas barisan hadapan negara turut dihadiri oleh anggota badan beruniform daripada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Alhamdulillah, semoga di penghujung Ramadan ini kita semua memperoleh rahmat dan diberi ganjaran yang sebaiknya oleh Allah SWT.