Majlis Iftar Perdana dan Khatam Al-Quran telah selamat dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan IIM (KESKIM) pada 22 April 2022 bertempat di Auditorium IIM.
Majlis ini diadakan untuk meraikan anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Titian Kaseh. Majlis juga turut dihadiri oleh semua warga kerja IIM bersama ahli keluarga masing-masing.
Majlis turut dimeriahkan dengan penyampaian sumbangan duit raya Aidilfitri kepada anak-anak yatim dan anak-anak warga kerja IIM yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif IIM.
Majlis diakhiri dengan solat Tarawih dan Jamuan moreh.