Institut Integriti Malaysia (IIM) telah memenuhi jemputan untuk mengadakan pameran di Majlis Hari Integriti Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) 2022 yang bertemakan “Integriti Tonggak Kecemerlangan” pada 10 November 2022 bertempat di Kuching Sarawak. Penganjuran ini juga bersempena dengan sambutan Bulan Integriti Nasional 2022 pada bulan November setiap tahun di seluruh negara.

Pameran IIM yang diketuai oleh En. Mohd Rais Ramli, Ketua Seksyen Perancangan dan Strategik Korporat IIM ini bertujuan berkongsi pelbagai info perkhidmatan yang ditawarkan oleh IIM dalam membantu mempertingkatkan pembudayaan nilai integriti di Malaysia.

Pameran ini turut dianggotai oleh enam (6) agensi lain, antaranya SIRIM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak.